Friday 5 October 2012

Assalamualaikum .. hye guys ! :) rase na seminggu x update blog :) .. now , i'am stay kat hostel :) HAHA .. demi STPM ! seronok sebab ramai kawan-2 yang sangad baik ! best .. today baru balik dari ostel .. windu plak ngan my fwend .. :'(

Saturday 29 September 2012

Assalammualaikum .. Hye guys ? today , aku paroi , seremban .. ade pogram JELAJAH JANJI DITEPATI .. ramai sangad orang .. 1st time , aku jumpe Uncle Najib .. HEHE :) excited ! penat sangad berjalan tengah panas-2 bute tu .. HEHE ..

Friday 28 September 2012

hye guys .. niey kawan-2 aku :) pic niey mase raye ary tu ( 2012 ) ..

Kami student PRA-U SMKTAR 2012 :)

Petua Dan Tips Mencegah Jerawat Dan Kecantikan Muka : 

Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Orang selalu kata mencegah  lebih baik daripada mengubati. Begitu jugalah dengan jerawat, adalah lebih baik untuk mencegah jerawat dari mengubatinya. Selain dari merawat jerawat yang sedia ada kita haruslah mencegah dari jerawat tumbuh.
Kat bawah ni Lepak.my nak kongsikan tips untuk mencegah jerawat. Kalau korang amalkan InsyaAllah jerawat takkan tumbuh lagi.
  • Rajin membersihkan muka/wajah

    Salah satu penyebab timbulnya jerawat adalah kotoran dan bakteria pada wajah. Dengan mencuci muka atau membersihkan wajah menggunakan pembersih muka, ianya dapat segera menyingkirkan kotoran dan bakteria yang ada. Carilah pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Lain orang lain kulit, jadi tak semestinya satu ubat sesuai dengan semua orang.
  • Singkirkan rambut dari wajah

    Rambut akan menjadi kotor dan berminyak ketika kita melakukan aktiviti seharian. Bila rambut menyentuh wajah, maka kotoran tersebut dapat pindah ke wajah kita dan dapat menimbulkan jerawat.
  • Cuci sarung bantal, selimut dan sarung tilam secara berkala

    Rambut yang kotor atau wajah yang tidak bersih dapat menyebabkan kuman dan kotoran berpindah di sarung bantal/sarung tilam/selimut  saat kita menggunakannya. Kemudian, pada ketika yang lain wajah menyentuh bantal, kotoran tersebut kembali kepada wajah kita. Selain itu habuk dan bakteria juga akan berkumpul di sarung bantal/sarung tilam/selimut. Jadi basuhlah paling kurang 6 minggu sekali.
  • Minum 8 gelas air sehari

    Air adalah sangat penting untuk badan kita. Air yang cukup dapat membantu tubuh mengeluarkan toksin dan zat tidak berguna yang ada di tubuh, sehingga dapat mengurangkan risiko timbulnya jerawat.
  • Menggunakan mask pencegah jerawat

    Dengan menggunakan mask madu dan jeruk nipis. Hal ini dapat membantu menghilangkan bakteria dan minyak di wajah. Gunakan mask muka sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
  • Kurangkan penggunaan makeup/kosmetik

    Menggunakan barangan kosmetik akan menyumbat pori-pori wajah. Ini membuat pori-pori tidak bernafas dengan baik. Pilihlah kosmetik yang berasaskan air yang dapat mengurangi potensi timbulnya jerawat dibanding kosmetik yang berasaskan minyak.
  • Jangan picit jerawat yang ada

    Tangan yang kotor ketika anda memegang dan memicit jerawat akan meningkatkan minyak dan kotoran di wajah. Ketika memicit jerawat, lapisan yang ada di bawah kulit dapat menjadi rosak dan menyebabkan minyak wajah menyebar ke bahagian lain  dan menyebabkan semakin banyak   jerawat timbul.
Assalamualaikum .. hye guys .. today , aku na kenalkan diri aku .. ukeyh , full name aku NUR HADIJAH BT MOHD ALIP .. aku 18 tawoon .. aku masih study .. ( STPM CANDIDATE ) ..ukeyh , aku adew perangai-2 yang mungkin kowang ta taw .. firstly , bende yang paling aku suke ialah gelak .. boring rase idop aku kalau 1 hari aku moody .. HAHA :) sebab tu , aku suke gelak .. second , aku niey peramah .. aku suke berkawan .. tapi dengan betol niatnye la .. :P then , aku suke bergambar .. :) especially ngan kawan-2 aku .. diowang mang TERSANGAT LA GILE CAMRE .. HEHE :) ukeyh , aku arap ..kite sume bole berkawan ukeyh :)

niey my best fwend at home :) 


Aznida Abd Rashid , Maznira Mazlan , Nur Hadijah Mohd Alip , Nur Atiqah Redzwan :)

* aku sayang korang .. * :D

Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini.

Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.